Nama..

Kisah pelancong Arab
Ada seorang pelancong Arab naik teksi round2 di Penang. Tiba-tiba sbuah keta dengan ekzos bising memecut dr blkg memotong diaorang,

si Arab terkejut dan berteriak: "Ustahiad...! Ustahiad...!"

Tak lama kemudian ada lagi keta sport laaagi laju memotong diaorang, si Arab teriak lagi: "isthibustim....! Isthibustim...!".

Driver teksi heran dgr bahasa si Arab.
Tak semena-mena, ada satu lagi keta canggih memotong, si Arab teriak lagi: "..aik..!". Makin lama makin hairan drebar teksi tu.

Memotong lagi keta yang bumbungya boleh terbuka / tertutup (convertible), si Arab teriak lagi excited "adzam.......adzam...".

Garu kepala la si drebar ni kali.
Tak lama kemudian, keta sedan kecil pula muncul dari arah kiri, mengucap si Arab: "Ya Allah, Ikuzus..., Ikuzus ....!"

Tiba-tiba sebuah keta mewah memotong sambil kasi race2 pedal minyak depan diaorang, lagi kuat si Arab teriak: " Irraref... , irraref...!!!"
Setelah keta tadi berlalu, suasana kembali sepi.
Si drebar pula berfikir ....

Fikir.....

Fikir lagi............

Fikiiiiiir...

Fikir terusss.. ....

Akhirnya si drebar tak puas ati: "Tuan, ente dari daerah Arab sebelah mana? Tak pernah ana dgr loghat Arab ente..!??"

Pelancong Arab jwb : "Ana mmg asal kota Arab lah. Tadi tu ana baca tulisan di belakang keta-keta yg memotong!!. Di Arab, ana baca dari kanan ke kiri.

Drebar: "..Haaaaah.....!!?".....
Nah!! gi scroll balik la...

Apa laaa yang dibaca oleh si Arab tadi... ? 😅😅😅
Hahahaha

Comments