Kata kata hikmah.

Ummu Najwa:
اللهم صل على سيدنا محمد
وعلى ال سيدنا محمد.
                     
💎KATA-KATA HIKMAH💎

🌳Kata-kata Saiyidina Umar bin Al-Khattab r.a.:🌳

🏜Aku telah meneliti semua sahabat dan TIDAK aku temui sahabat yang lebih baik daripada MENJAGA LIDAH.

🏖 Aku telah memikirkan mengenai semua jenis pakaian TETAPI tiada pakaian yang lebih baik daripada taqwa,

🏝Aku telah merenung segala amal baik TETAPI tiada yang mampu menandingi NASIHAT yang baik dan IKHLAS dalam beramal.

🏖Aku telah mencari semua bentuk rezeki TETAPI tiada yang lebih baik daripada sifat SABAR.

🏜Aku telah melihat semua jenis harta TETAPI tiada yang lebih utama daripada sifat QANA'AH.

🌳Kata-kata Saiyidina Ali bin Abi Tholib r.a. : 🌳

" Orang yang suka berkata JUJUR akan mendapat 3 perkara iaitu :
1⃣ Kepercayaan
2⃣ Kasih sayang (cinta)
3⃣ Rasa hormat.

🌳 Kata-kata Khalifah Abdul Malik bin Marwan :🌳
"Semulia-mulia manusia ialah :
⏩ mereka yang mempunyai ADAB  ,
⏩ merendahkan diri  apabila berkuasa. ,
⏩ memaafkan apabila berupaya membalas ,
⏩ dan bersikap ADIL ketika kuat.

🌳Kata-kata Ibnu Al-Jauzi :🌳
" Tanda seorang hamba semakin dekat dengan ALLAH ialah semakin baik tutur katanya ".

🌳Kata-kata Al-Qattani :🌳
" Tasawuf adalah AKHLAK.
Sesiapa sahaja yang paling unggul akhlaknya bererti dia paling SUFI ".

🌳Kata-kata Sahl bin Abdullah Al- Tustari :
" SUFI itu ialah seseorang yang bersih daripada maksiat ,  sentiasa berfikir dan berpegang teguh dengan ALLAH dan TIDAK dengan manusia.
Bagi mereka TIDAK ada apa-apa perbezaan antara EMAS
dengan LUMPUR".

🌳Berkata Imam Burhan Ad-Din Al-Zarnuji :🌳
" Berapa banyak amalan yang dilihat bersifat keduniaan  , NAMUN ia dihitung sebagai Amalan AKHIRAT kerana NIAT yang IKHLAS kerana ALLAH.

Sebaliknya..................

Berapa banyak amalan yang zahirnya (luarannya) nampak sebagai Amalan Akhirat TETAPI bertukar menjadi Amalan KEDUNIAAN kerana niatnya yang TERSASAR (salah atau tidak ikhlas).

بل الله مولكم  وهو خير الناصرين

"Bahkan (taatlah kepada) ALLAH pelindung kamu dan DIA lah (ALLAH) sebaik-baik penolong ".
(Surah A-li Imraan ayat 150)

🍃🌱🍃🌱🍃🌱🍃🌱🍃🌱🍃🌱
🌱🍃🌱🍃🌱🍃🌱🍃🌱🍃🌱

Comments